Saturday, July 9, 2011

PETUA PANDAI BAHASA INGGERIS

Petua Pandai Bahasa Inggeris – Petua 2.1

Posted by Osman Affan under Bahasa Inggeris, Motivasi, Petua

Seperti yang saya nyatakan semalam, untuk menguasai bahasa Inggeris, anda mesti menguasai perbendaharaan katanya. Anda mesti tahu apa perkataan-perkataan berkenaan yang anda mahu sebut. Satu cara paling cepat untuk anda menghafal sebanyak mungkin perbendaharaan kata ialah dengan menulis maksud-maksud perkataan bahasa Inggeris ke dalam satu buku khas.





Begini. Semasa saya membuat persediaan untuk belajar ke United Kingdom di PP ITM Shah Alam pada tahun 1994-1996, tahap penguasaan bahasa Inggeris saya masih agak lemah. Saya sebenarnya lebih cemerlang dalam subjek Bahasa Arab semasa di tingkatan lima. Jadi, saya fikir semula apa yang menyebabkan saya dapat menguasai bahasa Arab lebih cepat. Caranya ialah saya ada satu buku khas yang saya tulis maksud-maksud perkataan bahasa Arab. Bagaimana cara menulisnya?
Katakan anda membaca apa-apa bahan bacaan dalam bahasa Inggeris, anda mungkin akan terjumpa mana-mana perkataan yang anda tidak faham. Apa patut anda lakukan? Ya, rujuk kamus. Selalunya, apa yang pelajar lakukan ialah mereka akan tulis maksud perkataan tersebut di atas bahan bacaan tadi. Maksudnya, jika mereka ada buku cerita bahasa Inggeris, buku itu akan dipenuhi dengan tulisan-tulisan maksud perkataan yang mereka tidak faham. Cara ini tidak berkesan untuk membuat anda hafal perkataan bahasa Inggeris dengan cepat. Mengapa?
Pertama, buku atau bahan bacaan itu akan hilang dan tidak selalu bersama anda. Kedua, apabila maksudnya sudah ada di situ, anda tidak akan mengeluarkan sebarang usaha untuk mengingat maksud tersebut. Anda akan hanya bergantung kepada buku yang sudah ditulis terjemahannya. Jadi, hentikan tabiat begini.
Ini cara yang betul. Ambil satu buku khas, jika boleh, buku berkulit tebal supaya ia lebih tahan. Setiap kali anda jumpa perkataan yang anda tidak tahu maksudnya, rujuk kamus dan tuliskan di dalam buku khas ini tadi. Tulis
1. Perkataan itu
2. Maksudnya (menggunakan bahasa inggeris atau bahasa Melayu)
3. Contoh dalam ayat. (Salin satu contoh ayat. Tidak ada gunanya tahu maksud sesuatu perkataan tetapi tidak tahu bagaimana cara menggunakannya.)
Langkah ketiga itu penting. Anda perlu tahu bagaimana ia digunakan dalam ayat. Contohnya, katakan anda orang asing yang sedang belajar bahasa Melayu. Kemudian anda terjumpa perkataan ‘cekik darah’ dan anda tahu maksudnya iaitu mengenakan harga yang terlau tinggi hingga menganiayai orang lain. Jadi anda buat ayat begini, “Ali cekik darah orang kampung kerana meletakkan harga RM7 bagi sekilo gula”. Adakah betul ayat itu? Tidak bukan? Ayat yang sepatutnya,”Ali dikatakan cekik darah kerana meletakkan harga RM7 bagi sekilo gula.
Praktikkan teknik ini. Jika ia sukar, fikir kembali, anda mahu menguasai bahasa ini atau tidak?

12 comments:

  1. artikel yg menari beserta blog yg cantik...:)

    ReplyDelete
  2. Kalau cam tu mudah,mesti saya lulus dalam exam ni.tp x baca apa lagi pun.

    ReplyDelete
  3. Cantik blog cikgu..... Teks yang baik untuk belajar Bahasa Inggeris....

    ReplyDelete
  4. salam...artikel dan info yg bagus..boleh diaplikasi dalam p&p

    ReplyDelete
  5. nice blog and good info..thanks for sharing

    ReplyDelete
  6. Blog yang menarik & terima kasih kerana memberi petua pandai bahasa inggeris.

    ReplyDelete
  7. kalau cikgu bi akak comei mcm ni dulu...mesti akak dah pandai speaking ;-)

    ReplyDelete
  8. Wow...blog yang menarik.. tima ksh bagi petua tu..

    ReplyDelete
  9. wah...bagus la petua..nnti nak try ikut...moga2 lepas ni lebih tera lagi...

    ReplyDelete
  10. Baguslah petua ni...saya pun sebenarnya memang lemah Bahasa Inggeris.Saya akan cuba ikut tips ini...

    ReplyDelete